JUALAN TAK URGENT
Sebuah jentera kesayangan tengah cuba nak dilepaskan sebab dah upgrade cc besar...
FZ ni sekarang lebih banyak parking dekat office sebab rumah dah tak muat motor... Sayang kalau dibiarkan macam tu saja...
Kena harga ambik lah... Kalau offer merepek sangat, saya simpan saja buat kenangan
Yamaha FZ150i 2017 enjin gold
✅ Enjin dah buat full overhaul, wear & tear dalaman baru di bengkel Sixtysix Speedbike Ahmad Khan (resit ada & marking setiap skru pun masih kelihatan)
✅ Pasang ekzos backpressure Rapido
✅ Ekzos asal diberikan sekali
✅ Dah pasang suis double signal
✅ Dah pasang suis Yamaha Vixion/FZ Indonesia 3 mode (OFF / lampu kecil / full headlamp)
✅ Enjin sedap, pickup cantik, gear masuk lancar
✅ Sesuai daily use / pergi kerja / rider baru yg cuba nak masuk dunia ride jauh
✅ Jimat minyak & maintenance murah kapcai
Sejak lepas overhaul, motor ni cuma guna ulang alik pergi kerja balik kerja saja (15 minit perjalanan)... Ride jauh pun baru 2 kali saja pergi R&R Ulu Bernam pekena mee kari dan ride Lemang Tokki + naik genting skali
Memang tak pernah lenjan pelik-pelik lepas buat enjin...
Condition:
• Tayar depan 70%
• Tayar belakang 50%
• Meter ada sunburn sikit (biasalah penyakit FZ)
• Coverset kanan ada minor gap sikit sebab bracket lari, tapi dah tukar coverset baru & tak loose
• Roadtax mati 22 Jun saja tak renew sebab alang-alang nak jual
• Kalau sampai bulan 10 tak terjual, saya padam iklan ni dan hidupkan balik roadtax buat jalan2 hati pun tenang
Tapi serius... Ikutkan hati memang tak nak jual
Kalau kena harga ambik lah... Kalau tak kena harga saya simpan saja boleh lagi ride mana-mana dekat bila rindu bunyi enjin dia
Nak tengok motor boleh datang DBKL Jalan Raja Laut
Harga: buka RM4,250 nego