Kami merupakan syarikat yang bakal melancarkan produk minuman kesihatan premium dan sedang mencari individu yang kreatif, yakin serta bersemangat untuk menyertai pasukan kami.
Skop Tugas
Menjadi hos TikTok Live dan Shopee Live setiap hari. Merancang, merakam dan mengedit video pendek untuk media sosial. Menghasilkan kandungan kreatif bagi TikTok, Facebook, Instagram dan platform lain. Berinteraksi dengan pelanggan semasa sesi live. Membantu meningkatkan jualan dan kesedaran jenama. Kelayakan Berumur 20–35 tahun. Berpersonaliti ceria, yakin di hadapan kamera dan pandai berkomunikasi. Mempunyai kemahiran asas menghasilkan video menggunakan telefon atau aplikasi suntingan. Pengalaman sebagai live host atau content creator adalah satu kelebihan. Tiada pengalaman juga digalakkan memohon jika sanggup belajar.
Gaji & Faedah
Gaji asas: RM3500 - RM4000 (bergantung kepada pengalaman). Elaun dan bayaran kerja lebih masa (jika berkenaan). Bonus berdasarkan prestasi jualan. KWSP, PERKESO dan EIS. Peluang kenaikan gaji dan kerjaya.
Calon yang berminat sila wassup detail resume berserta gambar terkini berukuran passport. WAJIB SERTAKAN KLIP VIDEO PENDEK (LIVE) CALON untuk tujuan penilaian. Sila wassup ke talian berikut .