JAWATAN KOSONG – KERANI AKAUN & PENTADBIRAN
Adami Group Sdn. Bhd. sedang mencari calon yang teliti, amanah, bertanggungjawab dan mempunyai asas perakaunan untuk menyertai pasukan kami.
MAKLUMAT JAWATAN
- Lokasi: Taman Tampoi Indah, Johor Bahru
- Gaji: RM1,800 – RM2,200 sebulan
- Jenis pekerjaan: Sepenuh Masa
- Tempoh percubaan: 3 bulan
- Gaji berdasarkan kelayakan dan pengalaman
SKOP TUGAS
1. Memasukkan invois, resit, bil pembekal dan transaksi kewangan ke dalam sistem QuickBooks.
2. Merekod jualan harian dan perbelanjaan syarikat.
3. Menyusun dan menyimpan dokumen kewangan secara sistematik.
4. Membantu membuat semakan transaksi bank dan bank reconciliation.
5. Menyediakan rekod pembayaran kepada pembekal dan menyemak baki tertunggak.
6. Membantu menyediakan laporan kewangan asas.
7. Membantu tugasan pentadbiran dan penyediaan dokumen syarikat.
8. Berurusan dengan akauntan luar bagi tujuan semakan akaun apabila diperlukan.
KELAYAKAN
- Minimum Diploma Perakaunan, Kewangan atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengetahuan asas perakaunan dan bookkeeping.
- Boleh menggunakan Microsoft Excel dan Google Sheets.
- Pengalaman menggunakan QuickBooks merupakan satu kelebihan.
- Teliti, jujur, amanah dan mempunyai kemahiran mengurus dokumen.
- Boleh bekerja secara berdikari dan mengikut arahan.
- Fresh graduates dialu-alukan untuk memohon.
KELEBIHAN
- Latihan penggunaan QuickBooks disediakan.
- Caruman KWSP, PERKESO dan SIP mengikut ketetapan undang-undang.
- Cuti tahunan dan cuti sakit mengikut kelayakan.
- Peluang memperoleh pengalaman dalam pengurusan akaun syarikat.
CARA MEMOHON
SEMUA CALON WAJIB MENGHANTAR RESUME/CV.
Sila WhatsApp resume kepada:
En. Rizal
019-778 8010
Permohonan tanpa resume tidak akan dipertimbangkan.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temu duga.