Suria Engineering Solutions Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang sedang berkembang dalam bidang pemasangan. Seiring dengan pertumbuhan syarikat serta peningkatan jumlah projek semasa, kami sedang mencari individu yang rajin, berdisiplin dan mempunyai semangat untuk belajar bagi mengisi kekosongan jawatan Pekerja Am (Installer). Jika anda seorang yang suka bekerja secara praktikal, mampu bekerja dalam pasukan dan bersedia untuk menimba pengalaman dalam bidang pemasangan, anda dialu-alukan untuk menyertai pasukan kami.
Tanggungjawab:
* Membantu kerja-kerja pemasangan di tapak projek. * Mengendalikan dan menyusun peralatan kerja. * Memastikan kerja dilaksanakan mengikut arahan dan prosedur keselamatan. * Menjalankan tugas-tugas am yang berkaitan dengan operasi syarikat.
Kelayakan:
* Lelaki berumur 20 tahun ke atas. * Sihat tubuh badan dan mampu bekerja di luar kawasan (Oustation). * Rajin, bertanggungjawab dan mempunyai sikap positif. * Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan. * Ada pengalaman dan tiada pengalaman bekerja diperlukan. Jika tiada pengalaman latihan akan disediakan. * Mempunyai lesen memandu adalah satu kelebihan.
Faedah:
* Gaji RM2,400 dan ke atas. * EPF & SOCSO. * Over Time dan elaun makan disediakan jika bekerja di luar kawasan. * Tempat tinggal disediakan jika masih bujang. * Medical claim disediakan.
Sekiranya berminat boleh hantar resume anda ke . Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En Sazali ( )
HQ - Suria Engineering Solutions Sdn. Bhd No 1-2, Jalan 2/14 Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor