Azzahrawi Education Group Sdn Bhd (AEGSB) adalah sebuah institusi pendidikan persendirian yang menjalankan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah Pusat Transit Az-Zahrawi, Taska Izz Kiddy, Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi, Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi dan Sekolah Menengah Az-Zahrawi.
Semua institusi pendidikan kami berada di tiga lokasi iaitu di Bandar Setia Alam, Bandar Puncak Alam dan Bandar Hillpark. Kami mempunyai sekitar 900 orang pelajar dan lebih 100 orang kakitangan.
Sehubungan dengan itu, kami mencari mereka yang berkelayakan, komited, berinisiatif tinggi, kreatif dan mempunyai semangat positif serta berkebolehan untuk menjadi sebahagian dari organisasi kami dalam mendidik dan mendokong perkembangan para pelajar di bawah prasekolah kendalian kami iaitu:
PRASEKOLAH PERMATA CILIK AZ-ZAHRAWI SETIA ALAM
Bidang tugas asas seorang guru:
1. Mengajar subjek-subjek KSPK (silibus KPM)
2. Mengajar membaca Bahasa Melayu, English, Iqra' dan Jawi.
3. Membuat tugasan persediaan dan laporan rutin perguruan.
4. Menjadi guru kelas dan lain-lain jawatan berkaitan.
5. Mengetuai program dan aktiviti anjuran sekolah berkaitan perkembangan akademik, sahsiah dan bakat.
6. Menjalankan tugas ko-kurikulum dan menyelia aktiviti sukan.
7. Lain-lain tugasan berkaitan.
Kelayakan adalah seperti berikut :
1. Diploma dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf MQA.
2. Calon yang mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak mempunyai kelebihan.
3. Calon yang mempunyai pengalaman mengajar di prasekolah kerajaan atau swasta mempunyai kelebihan.
4. Calon yang cekap dan fasih berbahasa Inggeris mempunyai kelebihan.
5. Calon yang mempunyai latar belakang dan kebolehan berbahasa arab mempunyai kelebihan.
6. Boleh membaca al-Quran dengan fasih.
7. Bersedia memulakan tugas pada 8 JUN 2026 (ISNIN)
Untuk memohon, emelkan surat rasmi permohonan bersama lampiran resume bergambar ke: hr@azzahrawi.edu.my
(Nota Penting: Letakkan di bahagian tajuk emel Permohonan Jawatan Guru Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi Setia Alam)
1. Tajuk emel: Permohonan Jawatan Guru Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi Setia Alam
2. Surat rasmi permohonan jawatan.
3. Resume peribadi yang terkini dengan gambar berwarna ukuran passport.
4. Salinan sijil SPM
5. Salinan sijil Diploma yang rasmi dari institusi pendidikan tinggi sekiranya berkaitan.
6. Lain-lain sijil berkaitan.
Tarikh tutup permohonan: 22 Mei 2026 (Jumaat)
Tarikh temuduga: 8 Mei - 15 Mei 2026
Tarikh lapor diri: 8 JUN 2026 (ISNIN).