Ringkasan Kerja
Mengendalikan dan menyelenggara mesin percetakan atau mesin die cut untuk menghasilkan label pelekat mengikut spesifikasi kerja, sambil memastikan kualiti, kecekapan, dan pembaziran bahan pada tahap minimum.
Tanggungjawab Utama
1. Pengendalian Mesin
Menyediakan (set-up) dan mengendalikan mesin percetakan (contoh: flexo, digital) atau mesin die cut.
Melaras tetapan mesin seperti kelajuan, tekanan, pendaftaran (registration), dan penjajaran.
Memastikan alat (dies, plat, silinder) dipasang dengan betul sebelum pengeluaran.
2. Persediaan Kerja
Menyemak arahan kerja (job order), artwork, dan spesifikasi pengeluaran.
Menyediakan bahan diperlukan (material label, dakwat, plat, dies).
Mengesahkan bahan dan nombor kerja yang betul sebelum memulakan pengeluaran.
3. Kawalan Kualiti
Memeriksa label yang dicetak atau dipotong untuk sebarang kecacatan (variasi warna, tidak sejajar, ketepatan potongan).
Memastikan hasil memenuhi spesifikasi pelanggan dan piawaian kualiti dalaman.
Melakukan pemeriksaan semasa proses dan merekod keputusan.
4. Penyelesaian Masalah
Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah mesin atau proses (contoh: lari register, potongan tidak kemas, isu dakwat).
Melaporkan masalah teknikal yang besar kepada penyelia atau pasukan penyelenggaraan.
5. Pengendalian Bahan
Mengawal penggunaan bahan bagi mengurangkan pembaziran.
Mengendalikan roll, core, dan produk siap dengan betul bagi mengelakkan kerosakan.
6. Penyelenggaraan
Melakukan pembersihan mesin dan penyelenggaraan asas.
Melaporkan sebarang kerosakan atau keadaan luar biasa pada mesin.
7. Keselamatan & Pematuhan
Mematuhi prosedur keselamatan dan polisi syarikat.
Menggunakan PPE dan mengendalikan bahan dengan selamat.
8. Dokumentasi
Merekod data pengeluaran (output, pembaziran, downtime).

Jobs