Azzahrawi Education Group Sdn Bhd (AEGSB) adalah sebuah institusi pendidikan persendirian yang menjalankan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah Pusat Transit Az-Zahrawi, Taska Izz Kiddy, Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi, Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi dan Sekolah Menengah Az-Zahrawi.
Semua institusi pendidikan kami berada di tiga lokasi iaitu di Bandar Setia Alam, Bandar Puncak Alam dan Bandar Hillpark. Kami mempunyai sekitar 900 orang pelajar dan lebih 100 orang kakitangan.
Sehubungan dengan itu, kami mencari mereka yang berkelayakan, komited, berinisiatif tinggi, kreatif dan mempunyai semangat positif serta berkebolehan untuk menjadi sebahagian dari organisasi kami bagi jawatan berikut:
PEMBANTU AM DI AZ-ZAHRAWI SETIA ALAM
Bidang tugas asas seorang pembantu am:
1. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan semua ruangan di dalam premis dan persekitaran sekolah sentiasa di tahap bersih, kemas dan teratur.
2. Memastikan peralatan kebersihan dan penyediaan makanan di bawah jagaan berada dalam keadaan bersih dan selamat setiap masa. Kebersihan dan kekemasan adalah imej syarikat.
3. Bertanggungjawab menjaga keselamatan premis, peralatan dan kelengkapan yang berkaitan.
4. Bertanggungjawab mematuhi peraturan kebersihan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Pengurus Kampus dan pihak berwajib dalam urusan yang berkaitan dengan penyediaan makanan.
5. Melaksanakan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengurus Kampus atau Ahli Lembaga Pengelola dari masa ke masa.
6. Memastikan barangan keperluan memasak dan pembersihan sentiasa mencukupi.
7. Mengawal inventori dan kecukupan melibatkan makanan dan keperluan kebersihan lain secara harian, mingguan dan bulanan.
8. Mengoptimumkan penggunaan kelengkapan yang disediakan dengan baik dan berhemah.
9. Menyediakan makanan kepada pelajar mengikut jadual pemakanan.
Kelayakan adalah seperti berikut :
1. Warganegara atau bukan Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun keatas
3. Calon yang cekap, amanah dan bertanggungjawab
4. Bersedia memulakan tugas pada 30 JUN 2026 (Selasa)
5. Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja pembersihan serta
kerja am
6. Calon yang mempunyai pengalaman sebagai pembantu am di
institusi kerajaan atau swasta mempunyai kelebihan.
Untuk memohon, emelkan surat rasmi permohonan bersama lampiran resume bergambar ke: hr@azzahrawi.edu.my
(Nota Penting: Letakkan di bahagian tajuk emel Permohonan Jawatan Pembantu Am di Az-Zahrawi Setia Alam)
1. Tajuk emel: Permohonan Jawatan Pembantu Am di Az-Zahrawi Setia Alam
2. Surat rasmi permohonan jawatan.
3. Resume peribadi yang terkini dengan gambar berwarna ukuran passport.
4. Salinan sijil SPM
5. Lain-lain sijil berkaitan.
Tarikh tutup permohonan: 19 JUN 2026 (JUMAAT)
Tarikh temuduga: 10 JUN 2026 (RABU) - 23 JUN 2026 (SELASA)
Tarikh lapor diri: 30 JUN 2026 (SELASA)