Kami sedang mencari Ketua Mekanik / Chief Mechanic yang berpengalaman untuk mengetuai pasukan mekanik di Port Klang.
Jawatan ini sesuai untuk mekanik senior yang mahir mengenal pasti masalah enjin, boleh membimbing mekanik lain, mengurus kerja pembaikan dengan teratur, serta memastikan setiap kerja disiapkan dengan berkualiti, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Tanggungjawab:
Mengetuai dan menyelia pasukan mekanik semasa kerja pembaikan dan servis
Membuat diagnosis kerosakan enjin diesel dan genset dengan tepat
Melakukan kerja servis, baik pulih, overhaul, troubleshooting dan testing
Memastikan job sheet, laporan servis, penggunaan alat ganti dan tuntutan direkod dengan betul
Memeriksa kualiti kerja sebelum diserahkan kepada pelanggan
Merancang keperluan tenaga kerja, alat dan alat ganti untuk setiap tugasan
Melatih dan membimbing mekanik junior
Menjaga kebersihan, keselamatan dan disiplin di bengkel
Melaporkan perkembangan kerja harian kepada pihak pengurusan
Kelayakan:
Mempunyai pengalaman dalam enjin diesel, genset, lori, jentera, enjin marin atau peralatan berkaitan
Mampu membuat troubleshooting kerosakan enjin secara berdikari
Boleh memimpin pasukan dan bertanggungjawab memastikan kerja siap dengan baik
Jujur, rajin, berdisiplin dan boleh dipercayai
Mesti mempunyai pengangkutan sendiri
Boleh bekerja di Port Klang
Pengalaman dengan enjin Cummins, Perkins, Caterpillar, Mitsubishi, Hino, Isuzu, Volvo atau enjin seumpamanya adalah satu kelebihan
Kemahiran welding, elektrik, alternator atau genset adalah satu kelebihan tambahan
Boleh melakukan kerja welding dan kerja konkrit adalah bonus tambahan
Kami Menawarkan:
Gaji RM3,000 – RM4,500 bergantung kepada pengalaman dan kebolehan
Pekerjaan tetap sepenuh masa
Peluang kenaikan kerjaya
Persekitaran kerja yang baik
Peluang mengetuai pasukan teknikal yang sedang berkembang
Calon yang berminat sila hubungi kami dengan maklumat berikut:
Nama, umur, pengalaman kerja, gaji yang dijangka dan lokasi tempat tinggal.
Mohon sekarang jika anda seorang mekanik berpengalaman yang serius, bertanggungjawab dan bersedia untuk memegang peranan sebagai ketua pasukan.
Sila Whatsapp +6016 2198537

Jobs