JAWATAN KOSONG PEGAWAI PEMULIHAN KREDIT / DEBT COLLECTION OFFICER
Kami sedang mencari individu yang bermotivasi, berdisiplin dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang pemulihan kredit.
Kelayakan
1. Pengalaman bekerja di agensi kutipan hutang merupakan satu kelebihan. 2. Latihan penuh akan diberikan kepada calon yang tidak mempunyai pengalaman. 3. Mempunyai pengetahuan asas komputer (Microsoft Word, Excel & e-mel). 4. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris. 5. Bertanggungjawab, berdisiplin dan mampu bekerja secara berkumpulan.
Skop Kerja
A. Membuat panggilan kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh syarikat. B. Berunding dengan pelanggan bagi menyelesaikan tunggakan bayaran. C. Mengemaskini rekod panggilan dan maklumat pelanggan dalam sistem. D. Mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan oleh syarikat.
Gaji & Faedah
Gaji Bulanan: RM2,000.00 – RM3,000.00 (Berdasarkan pengalaman dan kelayakan.)
Komisyen: 3% – 10% setiap bulan (berdasarkan prestasi).
Peluang kenaikan gaji selepas 6 bulan, tertakluk kepada prestasi kerja.
Waktu Bekerja
Isnin – Jumaat 9.30 pagi – 6.30 petang
Sabtu 9.30 pagi – 2.00 petang
Ahad & Cuti Umum Cuti
Kemudahan
Cuti Tahunan Cuti Sakit Cuti Kematian (Compassionate Leave) Semua cuti yang diperuntukkan adalah bergaji. Kemudahan cuti lain akan dipertimbangkan mengikut polisi syarikat.
Mengapa Sertai Kami?
✔ Gaji asas yang kompetitif. ✔ Komisyen lumayan setiap bulan. ✔ Latihan disediakan. ✔ Peluang kenaikan gaji ✔ Persekitaran kerja pejabat yang selesa dan mesra.
📞 Mohon Sekarang! Calon yang berminat dipelawa menghantar resume atau menghubungi kami untuk temuduga.
Building Bridges Sdn Bhd No. 2-1 (Tingkat 1), Jalan 8/23E, Taman Danau Kota, Setapak, 53300 Kuala Lumpur Lokasi : Bersebelahan Dengan Restoran Omak Den Danau Kota, Setapak.