*Penerangan Jawatan*
Kami sedang mencari Sales Advisor yang aktif, yakin diri dan mempunyai minat dalam bidang jualan, media sosial serta komunikasi dengan pelanggan.
Jika anda suka membuat video pendek, melakukan live streaming, berinteraksi dengan pelanggan dan ingin meningkatkan pendapatan melalui komisen, kami mengalu-alukan permohonan anda untuk menyertai pasukan kami.
*Tanggungjawab Utama*
•Mempromosikan produk melalui Facebook, TikTok, Instagram dan platform media sosial yang lain.
•Merakam, mengedit dan memuat naik video pendek berkaitan produk serta promosi.
•Mengendalikan sesi live di Facebook, TikTok atau platform lain.
•Memperkenalkan produk, menjawab soalan pelanggan dan membantu meningkatkan jualan semasa sesi live.
•Membuat follow-up terhadap pertanyaan pelanggan melalui WhatsApp, Facebook, laman web dan platform online.
•Menghubungi pelanggan yang telah menghantar borang atau membuat online submission.
•Memahami keperluan pelanggan dan memberikan cadangan produk yang sesuai.
•Mengurus pertanyaan, sebut harga, pesanan dan khidmat selepas jualan.
•Menyimpan rekod pelanggan dan kemajuan jualan dengan baik.
•Membina serta mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan.
•Mencapai sasaran jualan bulanan yang ditetapkan.
•Membantu dalam kempen promosi, pemasaran online dan aktiviti syarikat.
•Mengumpul maklum balas pelanggan serta maklumat pasaran.
•Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti diarahkan oleh pihak pengurusan.
*Syarat Kelayakan*
•Mempunyai pengalaman dalam jualan, khidmat pelanggan, live streaming atau media sosial adalah satu kelebihan.
•Berminat untuk membuat video pendek dan mengendalikan live.
•Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyampaian yang baik.
•Berani tampil di hadapan kamera dan boleh bercakap dengan yakin.
•Bersikap positif, rajin, bertanggungjawab dan sanggup belajar.
•Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
•Mempunyai kemahiran asas menggunakan telefon, media sosial dan aplikasi komunikasi.
•Boleh menggunakan WhatsApp, Facebook, TikTok dan Instagram.
•Mempunyai kemahiran follow-up pelanggan yang baik.
•Sanggup bekerja berdasarkan sasaran jualan dan prestasi.
•Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Kebolehan berbahasa Mandarin atau Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.
•Calon tanpa pengalaman atau fresh graduate juga dialu-alukan untuk memohon kerana latihan akan disediakan.
Kelebihan Tambahan
•Mempunyai pengalaman dalam TikTok, Facebook atau Instagram.
•Pernah mengendalikan live selling atau membuat kandungan video.
•Mempunyai pengalaman dalam bidang e-commerce atau jualan online.
•Mempunyai kemahiran menggunakan CapCut, Canva atau aplikasi editing video.
•Mempunyai pengalaman mengurus borang online, data pelanggan atau sistem CRM.
•Mempunyai personaliti yang mesra, yakin dan mudah menarik perhatian pelanggan.
•Mempunyai pengalaman dalam bidang kecantikan, kesihatan, pakaian, makanan, peralatan rumah atau industri berkaitan.
Contact Person: Jefri 0192114854
URGENT