Barangan Berjenama dan perisian

Kadangkala agak sukar untuk memastikan samada barangan tersebut adalah palsu atau tulen. Kami meminta agar semua penjual bagi sesetengah kategori agar mengesahkan bahawa barangan yang dijual adalah tulen, tetapi sesetengah penjual berkemungkinan menjual barangan tersebut seperti perisian cetak rompak atau barangan berjenama yang palsu, walaupun ia telah dilarang oleh www.mudah.my.


Semasa anda membeli...

  • Minta resit asal bagi mengesahkan bahawa barangan tersebut adalah tulen dan asli.
  • Jika resit telah hilang, anda boleh meminta berjumpa dengan penjual di kedai yang mana boleh disahkan ketulenan barangan tersebut sebelum anda membuat pembayaran.
  • Sila maklumkan kami secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki bahawa barangan tersebut tidak tulen atau cetak rompak.
  • Sila pastikan anda beritahu kami dan failkan satu laporan polis sekiranya anda telah ditipu. Pihak Mudah.my akan bekerjasama dengan polis untuk membuat penyiasatan.

Semasa anda menjual...

  • Anda perlu memastikan bahawa barangan yang anda jual adalah tulen/asli.
  • Sekiranya anda menyatakan menjual barangan asli tetapi sebenarnya anda menjual barangan cetak rompak, anda boleh dituduh bersalah kerana melakukan penipuan, di mana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap anda oleh pihak polis.

Ingat...

  • Minta resit asal.
  • Sahkan ketulenan.
  • Barangan palsu atau cetak rompak adalah dilarang dalam Mudah.my.