Ketika Menghantar Barang

Kebanyakan kes penipuan berlaku sekiranya penjual dan pembeli tidak berjumpa.


Semasa anda membeli...

  • Jangan membayar sebarang bayaran pendahuluan, tidak kira betapa meyakinkan rupa penjual tersebut.
  • Penipu selalunya mengemukakan bukti pengenalan (IC, passport, lesen memandu, dll) sebagai .jaminan.. Ini tidak bermakna anda terselamat daripada menjadi mangsa penipuan atau ditipu!
  • Bayaran pos oleh penjual atau pos berdaftar tidak semestinya tiada risiko. Anda tiada cara lain untuk memastikan kesahihan kandungan bungkusan tersebut sebelum anda membayarnya.

Semasa anda menjual...

  • Adalah paling baik berurusan secara COD (Tunai semasa Penghantaran)
  • Jangan menghantar barangan sebelum urusan pembayaran dipersetujui.
  • Elakkan pembayaran menggunakan cek. Tidak semestinya cek tersebut boleh ditunaikan.

Amaran Khusus . Pembayaran Luar Negara

  • Sesetengah kaedah pembayaran antarabangsa menawarkan cirri-ciri keselamatan binaan dalam, seperti Paypal, tetapi ia bukanlah selalu dilakukan. Jangan gunakan perkhidmatan pembayaran seperti Western Union, MoneyGram, atau Bidpay, kerana ia amatlah sukar untuk mengawal/menghentikan pembayaran dengan perkhidmatan ini. Perkhidmatan tersebut sangat terkenal di kalangan penipu bagi tujuan yang sama.

Ingat...

  • Jangan bayar wang pendahuluan.
  • Barangan yang dihantar secara pos lebih berisiko.
  • Jangan membuat bayaran kepada penerima daripada luar negara.
  • Elakkan daripada mengguna khidmat pembayaran antarabangsa.