Mengirim wang atau barangan ke luar negara

Berhati-hati dengan "surat Nigeria" dan lain-lain yang dihantar oleh warga asing agar menghantar barangan ke luar Malaysia. Sekiranya pembeli mahu barangan dihantar ke luar negara, kami mencadangkan agar anda tidak melayan permintaan tersebut. Tujuan surat Nigeria tersebut adalah semata-mata untuk melakukan penipuan.


Bagaimana caranya untuk mengetahui bahawa saya telah menerima surat Nigeria?

  • Surat tersebut selalunya ditulis dalam bahasa Inggeris yang kurang baik.
  • Surat tersebut menggunakan istilah "barangan tersebut" atau "item tersebut" di mana ia selalunya tidak menyatakan nama barangan yang diiklankan. Ini kerana mereka selalunya menggunakan surat yang sama/rasmi.
  • Surat tersebut selalunya dihantar melalui alamat emel percuma seperti yahoo, gmail dan hotmail.
  • Surat tersebut selalunya menyatakan kesanggupan mereka untuk membayar lebih daripada yang anda minta.
  • Pembeli meminta membayar menggunakan cek atau pindahan wang ke akaun yang tidak wujud.
  • Kadangkala penipuan ini akan mengemukakan pengesahan bayaran palsu yang kelihatan seperti sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun anda.

Apa yang boleh anda lakukan untuk melindungi diri anda?

Surat Nigeria bermaksud semata-mata untuk mengenakan anda agar menghantar wang atau barangan ke luar negara. JANGAN terlibat dalam transaksi seperti ini kerana kebanyakannya adalah penipuan.


Ingat...

  • Berhati-hati dengan emel yang meminta anda menghantar barangan ke luar negara.
  • Jangan terima bayaran melalui cek.
  • Berhati-hati dengan pengesahan bayaran palsu.