Penipuan

Melalui E-mel dan Telefon

PHISHING merupakan aktiviti penyalahgunaan internet dengan menghantar email palsu disamping mengaku sebagai pertubuhan yang sah kepada pengguna bertujuan untuk menipu pengguna supaya menyerahkan maklumat peribadi mereka yang boleh digunakan dalam urusan penipuan. Email yang dihantar akan mengarahkan pengguna untuk mengunjungi laman web lain di mana mereka diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti kata laluan dan kad kredit, jaminan sosial, dan nombor akaun bank, seperti yang diperoleh oleh pertubuhan yang sah. Akan tetapi, laman web tersebut hanyalah merupakan laman web palsu yang direka khas untuk mencuri maklumat daripada pengguna.

  • JANGAN melayan sebarang panggilan telefon / e-mel yang meminta butir-butir akaun PRO Niaga anda.
  • JANGAN terpedaya dengan arahan pihak yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi.
  • JANGAN menjadi mangsa skim-skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu lumayan.
  • JANGAN berkongsi maklumat akaun anda dengan individu yang tidak dikenali.

Sila laporkan kepada kami melalui proniaga jika anda menghadapi sebarang masalah atau keraguan terhadap akaun ProNiaga anda.

Tip Bank Negara Tentang Penipuan