Sila pastikan kenderaan tersebut dijual oleh pemilik sebenar. Ini boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sentiasa periksa latar belakang atau sejarah kenderaan tersebut jika boleh, sebelum anda memutuskan untuk membelinya. Sekiranya kenderaan tersebut mempunyai pinjaman tertangguh, pastikan ia telah dibayar sebelum anda menukar hak pemilikan.
Periksa rekod penyelenggaran bagi mengesahkan sejarah dan jarak perjalanan kenderaan.
Minta agar kenderaan tersebut diperiksa dan diuji oleh khidmat bebas/bengkel biasa.
Minta Perjanjian Jual Beli yang lengkap.
Semasa anda menjual...
Minta dokumen pengesahan daripada bakal pembeli (IC, passport, lesen memandu, dll) sebelum anda membenarkan beliau memandu uji dan periksa dengan syarikat insurans samada anda mempunyai perlindungan sepatutnya. Sesetengah polisi insurans tidak melindungi kerugian sekiranya kenderaan anda dicuri atau rosak semasa memberikan kereta tersebut.
Individu berperanan sebagai pengedar kereta mungkin menghubungi anda dan berjanji bahawa kereta anda akan dijual. Kadangkala, mereka memberikan sedikit bayaran pendahuluan, kemudian menghilangkan diri bersama-sama kereta.
Sila pastikan anda telah menerima bayaran penuh sebelum anda menyerahkan kenderaan tersebut. Sekiranya anda menerima bayaran dalam bentuk cek, tunggu sehingga ia telah dijelaskan oleh pihak bank.
Berhati-hati dengan pembeli yang ingin membeli kenderaan anda daripada negara lain dan mereka yang ingin membayar secara pindah bank atau cek. Ini adalah kaedah yang biasa digunakan oleh penipu.
Minta Perjanjian Jual Beli yang lengkap.
Ingat ...
Sila lihat dokumen identiti sebelum memberi kereta anda untuk pandu uji.
Berwas-was tentang dokumen palsu dan individu yang menyamar seperti penjual kereta.