Barangan Curi
Sangat penting bagi anda memastikan bahawa barangan yang dibeli bukan barangan curi. Pemilik asal berhak menuntut kembali barangan tersebut walaupun anda membelinya "dengan kaedah sebenar"
- Kami cadangkan agar anda meminta resit asal jika boleh.
- Bagi kenderaan, sila periksa dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) samada penjual berdaftar sebagai pemilik kenderaan tersebut, serta ia tidak dilaporkan sebagai kenderaan curi.
- Anda harus memeriksa pengenalan penjual sekiranya terdapat keraguan.
- Sekiranya terdapat keraguan, anda boleh juga memeriksa dengan pihak polis bahawa barangan tersebut tidak dilaporkan dicuri.
- Bagi barangan berjenama, sila pastikan bahawa nombor sirinya tidak dimanipulasikan.
- Bagi kenderaan, anda harus pastikan bahawa nombor kerangka kenderaan tidak dipalsukan.
- Sekiranya anda mengesyaki barangan tersebut adalah barang curi, sila hubungi kami dan laporkan kepada pihak polis dengan segera.
Sila bantu kami dengan menggunapakai peringatan yang diberikan untuk mengelakkan jenayah daripada menjual barangan curi.
Ingat...
- Jika boleh, minta resit asal.
- Periksa nombor kerangka kenderaan.
- Minta bukti daripada pemilik untuk urusan jualbeli yang besar seperti kenderaan (Geran, Perjanjian Jual Beli, dokumen pendaftaran, dll).