Untuk melindungi diri anda

Sebagai undang-undang, jangan tekan/pilih pautan/'link' yang mengaku daripada bank atau lain-lain institusi kewangan. Anda harus sentiasa melawat secara terus ke laman web bank atau institusi kewangan tersebut, daripada memasuki akaun bank anda daripada laman web lain. Sentiasa berwaspada dengan e-mel (atau pautan/'link' laman tersebut) yang meminta anda memasukkan kata laluan atau maklumat berkaitan dengan akaun bank anda. Terdapat juga laporan bahawa virus komputer digunakan untuk memintas dan mengumpul maklumat sensitif. Oleh itu, sila pastikan komputer anda mempunyai kemaskini terbaru dengan perisian perlindungan virus. Sistem operasi dan pelayar internet juga harus dikemaskini bagi tujuan keselamatan.