Pindahan wang secara 'online'

Semasa membuat pembayaran dan pindahan secara 'online', anda harus berhati-hati dengan 'Phishing'. 'Phishing' ialah apabila seseorang cuba mengenakan helah terhadap anda untuk mendapatkan maklumat yang sensitif seperti kata laluan, nombor akaun bank dan nombor kredit kad, dll. Ia selalunya dikenalpasti oleh e-mel palsu dari laman Internet yang anda percaya, meminta anda memilih pautan/'link' dan mengisi maklumat peribadi anda. Terdapat contoh-contoh pautan/'link' dalam e-mel yang mengaku daripada pihak bank dan kelihatan seperti kepunyaan bank tersebut (contoh: Kelihatan seperti laman web bank), tetapi ia dikawal oleh orang lain. Laman web tersebut bertujuan menipu orang ramai dan mendapatkan maklumat peribadi.