Sek.Ren.Islam Ar-Razzi sedang mencari calon yang amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin untuk menyertai pasukan kami sebagai Pemandu Van Sekolah.
TUGAS & TANGGUNGJAWAB
- Menghantar dan mengambil pelajar dengan selamat mengikut jadual dan laluan yang ditetapkan
- Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang perjalanan.
- Memastikan van sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.
- Membuat pemeriksaan asas kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
- Mematuhi semua peraturan jalan raya dan SOP keselamatan syarikat.
- Menjaga masa dan memastikan perjalanan mengikut jadual.
- Melaporkan sebarang kerosakan atau masalah berkaitan van kepada pihak pengurusan.
SYARAT & KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai lesen memandu yang sah.
- Mempunyai pengalaman memandu van/bas sekolah adalah satu kelebihan.
- Mempunyai rekod pemanduan yang baik.
- Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugas dengan baik.
- Amanah, bertanggungjawab, sabar dan mempunyai sikap penyayang terhadap kanak-kanak.
- Berdisiplin, menepati masa dan boleh mengikut jadual yang ditetapkan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Boleh bekerjasama dengan pihak sekolah, ibu bapa dan kakitangan.
- Tiada rekod jenayah dan bersedia menjalani proses saringan yang ditetapkan oleh syarikat.
- Calon yang mempunyai pengalaman sebagai pemandu sekolah/van pelajar amat digalakkan memohon.
KELEBIHAN YANG DITAWARKAN
✨ Gaji dan elaun yang kompetitif
✨ Caruman KWSP, PERKESO, SIP & LINDUNG 24 JAM
✨ Cuti tahunan & cuti sakit mengikut kelayakan
✨ Latihan dan bimbingan disediakan
✨ Van syarikat disediakan untuk tugasan
✨ Jadual kerja yang teratur
✨ Persekitaran kerja yang baik dan profesional
✨ Peluang untuk menyertai pasukan yang stabil dan berkembang
✨ Kebajikan pekerja diberi perhatian
WAKTU BEKERJA
Mengikut jadual operasi sekolah dan tugasan pengangkutan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Bekerja 5 hari seminggu. Cuti setiap sabtu, ahad, cuti umum dan cuti sekolah
LOKASI
Sekitar B.B.Bangi, Bangi Lama, Bandar Seri Putra
Calon yang berminat boleh menghantar resume melalui email sriarrazzi.s15@gmail.com atau hubungi kami di talian 011-5555 3757 (Cik Aina) atau 019-355 5030 (Pn. Nik Afirah)
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.